Sukan

Kekalahan mengejut beri pengajaran berguna kepada Natasha

Pemain boling elit wanita negara, Natasha Mohamed Roslan mengalami kekalahan mengejut pada Kejohanan Boling Kebangsaan ke-45 semalam, selepas kira-kira sebulan muncul juara dunia buat kali pertama.
Memetik laporan BERNAMA, Natasha yang merangkul pingat emas acara individu wanita pada Kejohanan Dunia di Kuwait awal bulan lepas berkata kekalahan itu adalah satu proses pembelajaran yang amat berguna kepada dirinya.
Menurutnya kekalahan itu akan mematangkan beliau dalam menghadapi kejohanan seterusnya, selain perlu berdepan pelbagai cabaran untuk beraksi pada tahap optimum dalam tempoh yang singkat.
“Saya kecewa tetapi ini adalah proses pembelajaran sebab saya sedang menyesuaikan diri dengan bola baru dan pada masa sama berehat selama seminggu selepas (aksi di) Kuwait disebabkan kecederaan jari yang koyak.
“Secara beransur, saya berusaha dapatkan rentak dan akan buat persiapan yang lebik baik untuk Terbuka Kuala Lumpur minggu depan,” kata atlet berusia 27 tahun itu yang menyasarkan untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok tiga terbaik pada kejohanan kebangsaan, ketika ditemui di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button