Kehilangan wang di rumah Syed Saddiq: SPRM tahan pemimpin Armada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemimpin kanan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) malam tadi.
Penahanan tersebut berhubung kes kehilangan wang dari kediaman bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Mac lalu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pemimpin Armada tersebut ditahan selama empat hari bagi siasatan kehilangan wang tersebut.
“Saya menggesa masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan mempolitikkan tangkapan ini. Tiada motif politik tetapi ia bertujuan untuk menjalankan siasatan ke atas kes yang sedang kita laksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini Syed Saddiq yang mendakwa kehilangan wang ebih RM200,000 dari kediamannya di Petaling Jaya, 29 Mac lalu.
Beliau mendakwa, wang yang dicuri dari rumahnya itu adalah milik peribadi iaitu RM90,000 adalah miliknya; RM50,000 (ibunya) dan RM70,000 (bapanya).
Berkutan kes tersebut SPRM membuka kertas siasatan dan Syed Saddiq juga sudah dipanggil memberi keterangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilaksanakan.-SM