Kartel rokok bunuh karektor pegawai polis demi kuasai pasaran
Kartel rokok menguasai hingga 60% pasaran tempatan dan menghilangkan pendapatan negara lebih RM5 bilion setiap tahun. Tahukah anda kenapa dan bagaimana mereka boleh menjadi sebegitu besar?
Tentunya Kartel itu dilindungi individu tertentu dan sedia MEMBELANJAKAN wang yang besar kepada segelintir pegawai penguatkuasa supaya tindakan tidak diambil terhadap mereka. Bahasa mudahnya dah kenyang, PEJAMKAN MATA.
Namun, bukan semua pegawai tinggi dalam PDRM, APMM, JKDM bersekongkol dengan mereka. Sejak kebelakangan ini, PDRM menerusi Pasukan Polis Marin (PPM) sering membantai kumpulan sindiket itu menyebabkan kartel mula KEPANASAN.
Kejayaan demi kejayaan, rampasan demi rampasan menyebabkan bisnes HARAM mereka terjejas. Apabila JOLOK atau TAWARAN WANG diberikan mereka DITOLAK, sindiket akan gunakan taktik kotor termasuk melakukan TOHMAHAN kepada pegawai polis terbabit.
Terbaru, Kartel rokok dipercayai menggunakan orang dalam PPM sendiri untuk kenakan DCP Mohd Yusoff Mamat yang membuat tohmahan kepada SPRM. Bagi mereka BETUL@SALAH adalah soal kedua. Yang PENTING…IMEJ Komander PPM Bukit Aman itu dapat DICALARKAN dan harapan TERBESAR supaya beliau DIPINDAHKAN ke Jabatan lain. Bahasa mudahnya, TAK BOLEH BELI orang, kasi BUNUH karakternya.
Tidak cukup dengan itu, kartel juga menyebarkan dakwaan bahawa Mohd Yusoff mempunyai skandal. Sedangkan situasi sebenarnya wanita didakwa SKANDAL itu adalah ISTERI sah Mohd Yusoff. Tentunya SINDIKET tidak peduli tentang KEBENARAN, yang penting karakternya yang dikenali BERSIH dapat diburukkan.
Begitu juga dengan Unit Gempur Marin (Ungerin) PPM yang diasak SPRM selepas sindiket ROKOK membuat TOHMAHAN terhadap mereka biarpun kejayaan pasukan itu merampas rokok yang banyak. DENGARNYA yang buat laporan kepada SPRM juga adalah ahli KARTEL rokok? Susulan siasatan itu 1 pegawai pangkat ASP dan pasukannya DIPINDAHKAN. Siapa yang UNTUNG, bukankah KARTEL?
Bukanlah mahu mensucikan insan bergelar Mohd Yusoff ini tetapi hampir keseluruhan Pegawai PPM, PDRM dan masyarakat tahu tingginya INTEGRITI beliau. Dia sudah beberapa kali cuba DIBELI sindiket malah seminggu sebelum menunaikan HAJI di Makkah juga wakil sindiket cuba MENYOGOKNYA namun semua cubaan itu DITOLAK demi AMANAH dipikulnya. Malah beliau juga pernah terima ANCAMAN & UGUTAN daripada kumpulan terbabit tetapi terus BERUSAHA KERAS memikul tugasnya TANPA GETAR.
Malah KOMITMEN Mohd Yusoff memerangi sindiket jelas dengan rentetan KEJAYAAN dan rampasan dilakukannya sejak memimpin PPM. Rekod & kejayaan TERBESAR rampasan kapal kargo dan rokok bernilai RM52 juta jelas tidak menyenangkan KARTEL dan segelintir pegawai penguatkuasa yang DIBELA sindiket itu.
BUKTI KENAPA SINDIKET MAHU ‘MEMBUNUH KARAKTER’ MOHD YUSOFF
10/03/2021 – Rampasan 1 kapal di perairan Kukup, Pontian Johor (70 juta btg/11 ditahan/ 1 kapal disita) RM52 juta
12/03/2021 – Rampasan 1 kapal di jeti perairan Tg Kunyit, Sibu, Sarawak (10 juta btg dan Beer/6 ditahan/1 kapal disita – RM30 juta
19/05/2021 – Rampasan 1 lori di Jalan Serian-Sri aman, Sarawak (6 juta btg/1 ditahan/1 lori di sita) – RM4.5 juta
14/06/2021 – Rampasan 1 bot dan 2 lori di Jeti Endau, Mersing, Johor (9 juta btg/3 ditahan/2 lori dan 1 bot disita) – RM9.3 juta
07/10/2020 – Rampasan lori dalam penjalanan di Plaza Tol kempas dan Jln Bumi Hijau (8.5 juta btg/2 ditahan/2 lori disita) – RM6.7 juta
29/09/2020 – Rampasan sebuah stor di Telok Gong, Klang, Selangor (13 juta btg/beer/4 ditahan/2 lorry/1 trailer disita) – RM8 juta
15/06/2021 – Sebuah stor diserbu di Nibong Tebal, Pulau Pinang (2.5 juta btg) dirampas – RM2 juta
26/10/2020 – Rampasan dalam perjalanan di Sungai Kluang Besut, Terengganu (4 juta btg/ 2 lori disita) – RM4 juta
28/10/2020 – Rampas 3 bot laju di Pengkalan Ubi Keling, Terengganu (4 juta btg/3 bot laju) – RM4 juta
Ini baru sedikit, jika dikira semuanya, jumlah KEJAYAAN & RAMPASAN” sejak beliau memimpin tampuk kepimpinan PPM pada September 2018 bernilai lebih *RATUSAN JUTA RINGGIT MALAYSIA. NILAILAH sendiri kenapa mereka mahu memastikan MOHD YUSOFF ‘disenyapkan’.
Buat kami yang mengenali, BEKERJA, BERSUSAH PAYAH di LAPANGAN bersamanya sangat tahu TINGGINYA INTEGRITI Mohd Yusoff. Keperibadiannya sangat baik. JUJURNYA beliau adalah seorang pemimpin TEGAS tetapi MESRA dengan semua pegawai dan anggota PDRM.
Kami mendoakan siasatan SPRM ini dilakukan dengan TELUS dan penuh BERINTEGRITI dan pada masa sama dapat MEMBERSIHKAN semula nama MOHD YUSOFF. Kami di peringkat anggota & pegawai PDRM akan terus menyokong kepimpinannya selain MENDOAKAN yang terbaik ketika beliau DIUJI Allah SWT.
KEMENANGAN SEMESTINYA BERADA DI PIHAK YANG BENAR
YANG BENAR
Anggota & pegawai PDRM