BeritaNegeri

Kapit, Song PKP dua minggu`

DAERAH Kapit dan Song akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Selasa ini (2 Februari) selama dua minggu.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, langkah itu dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

“PKP bagi daerah Kapit dan Song akan berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam 2 Februari sehingga 11.59 malam 15 Februari (14 hari),” demikian menurut JPBN.

Sarawak merekodkan satu lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negeri itu sebanyak 38 kes.

Selain itu, sebanyak 135 kes positif Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button