KAPAL tentera Indonesia karam di perairan Jawa Timur hari ini.
Menurut satu kenyataan daripada pihak tentera laut Indonesia, dipetik oleh BERNAMA, kapal tersebut karam disebabkan terdapat beberapa kebocoran pada kapal berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, ketika kejadian, gelombang ombak di sekitar lokasi adalah pada ketinggian antara 2.5 dan empat mete.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua 55 anak kapal berjaya diselamatkan oleh dua kapal awam yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian. – SM