NasionalUncategorized

Tuntutan palsu: SPRM cari dua individu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan melibatkan kes tuntutan palsu.

Lelaki pertama, Muhammad Aminullah Hashim, 36, mempunyai dua alamat terakhir di No.45, Taman Desa Murni, 06000, Jitra, Kedah dan No.21, Taman Suria Berjaya 05400, Alor Setar, Kedah.

BACA> Hukuman baharu pemandu mabuk dibentang dalam sidang Parlimen ini

Manakala lelaki kedua, Mohd Azmeer Abdul Manan, 28, juga mempunyai dua alamat terakhir di 110, Batu 8, Solok Pengkalan Lanjot, 76400, Melaka dan 8668, Jalan Bukit Rambai, Batang Tiga, Melaka.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Kanan Penguasa Samsol Akmal Bakar di talian 017-734 1054/ 07-231 6131 atau e-mel ke alamat [email protected]. -SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button