Travel

Kampung Warna-warni mampu tarik pelancong asing – Pemangku Raja Perlis

Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis berpotensi menarik kunjungan ramai masyarakat Songkhla di Thailand untuk melawatinya.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis berupa ‘Kurma Daging Perlis’ yang diadakan di restoran Yeemeen Food Garden beralamat di No. 23/3, Village No. 8, Khlong Hae Subdistrict, Hatyai District Songkhla Province 90110, Thailand baru-baru ini.

Inisiatif tersebut dilaksanakan oleh pihak restoran dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Faiziah (YTF), TTG Kuala Lumpur dan Restoran Miza Kampung Gial Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al Haj Jamalullail disambut oleh pemilik restoran berkenaan Armeen Binyeeelee.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, ‘Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis tersebut telah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Institute of Planners (MIP) Planning Excellence Awards: President’s Award 2022 (Kategori Projek).

‘Pada masa yang sama ”Perlis Geopark” telah mendapat pengiktirafan dengan penilaian 92.96% di mana pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah turut terlibat dalam penyelarasan komuniti Kampung Warna Warni berkenaan di Seberang Ramai di bawah Sub Geopark – Kampung Tradisi Nelayan yang telah mendapat 92.96% dan difahamkan merupakan yang tertinggi sekali di Malaysia’ jelas Tuanku Pemangku Raja.

Timbalan Ketua delegasi dari TTG Kuala Lumpur, Datuk Abdul Karim Mustafa menyampaikan ucapan penghargaan di akhir program.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button