Hiburan

Kami beli rumah ini dengan harapan untuk tinggal bersama anak – Siti Elizad

RAMAI yang sedia maklum berkaitan dengan perjalanan Persenyawaan In Vitro (IVF) yang dilakukan pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad untuk dikurniakan cahaya mata.

Namun, rezeki untuk Siti Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin belum lagi tiba apabila dia disahkan keguguran selepas seminggu mengetahui dirinya hamil.

Terbaharu, Siti Elizad berkongsi rumah terbaharunya yang siap tahun ini yang sebelum ini dirancang dengan harapan untuk tinggal bersama anak mereka.

“Kami beli rumah ini pada tahun 2018 dengan harapan 2021 siap dan kami ada zuriat sendiri. Nampaknya, kita masih lagi berdua sayang ku.

“Isteri awak terpaksa jadi ‘bayi kecil’ untuk meriahkan keluarga kecil kita.

“Harap sangat awak tak bosan dengan saya memandangkan isterimu ini belum ada rezeki untuk beri awak zuriat sendiri,” katanya.

Siti Elizad turut membuat ucapan khas hari ulang tahun perkahwinannya yang ke enam bersama dengan suaminya.

Menjengah ke ruangan komen akaun media sosialnya, ramai yang mendoakan supaya urusan Siti Elizad dipermudahkan Allah dan dikurniakan zuriat.

Pelakon filem KL Menjerit itu sebelum ini menjalani rawatan IVF pada Oktober lalu dan berkongsi keseluruhan perjalanannya untuk memiliki zuriat di akaun media sosialnya.

Selepas disahkan keguguran, Elizad memberitahu yang dia akan tetap meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.

Siti Elizad bertemu jodoh dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015. Bagaimanapun, selama lima tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button