Politik

Syed Saddiq dakwa dua timbalan menteri KKM tak beri sumbangan

PENULARAN pandemik Koronavirus (Covid-19) dilihat semakin tidak terkawal apabila ribuan kes baharu dicatatkan setiap hari.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisyam Abdullah turut meluahkan kerisauan apabila 80 kematian dicatatkan bagi tempoh dua minggu pertama 2021.

Rentetan itu juga, dua timbalan menteri di Kementerian Kesihatan (KKM) juga didakwa tidak menjalankan fungsi untuk mengawal penularan wabak.

Mereka dilihat dikritik kerana gagal membantu kerajaan dalam memastikan kes baharu Covid-19 dapat dikawal.

“Saya menganggap apabila kerajaan melantik seorang Menteri Kesihatan dan dua Timbalan Menteri Kesihatan, bertujuan untuk melicinkan semua urus tadbir dan usaha melawan Covid.-19.


“Malangnya kehadiran dua Timbalan Menteri Kesihatan pun tidak memberi apa-apa makna dan sumbangan kepada KKM.”

Demikian dakwa bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam hantara Facebooknya hari ini.

Beliau menggesa, kedua-dua Timbalan Menteri Kesihatan iaitu, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Datuk Aaron Ago Dagang.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Muar itu turut menggesa kedua-dua timbalan menteri itu menunjukkan keprihatinan dan kepemimpinan kepada petugas-petukas kesihatan.

Ini kerana rakyat Malaysia umum tahu semua petugas kesihatan tak putus-putus bekerja melawan Covid-19.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan satu cadangan daripada seorang pengguna Facebook, Mudalib Uthman.

Mudalib yang juga penyokong penubuhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu mencadangkan empat saranan untuk dilakukan oleh kerajaan.

“Lakukan ujian swab secara massa kepada kawasan zon merah. Semua kena swab. Ibu mengandung, anak kecil, orang tua, pelajar sekolah, peniaga kedai runcit, tukang tebar roti canai. Semua sekali yang berada di dalam zon merah. Wajib.

“Bayar upah lebih kepada semua petugas kesihatan barisan hadapan. Kerajaan kenalah adil. Mahu petugas kesihatan kerja lebih masa (dari Februari 2020 sudah bertugas lebih masa), bayarlah upah lebih. Cari wang itu kerja Zafrul. Minta dengan dia.

“Tarik klinik dan hospital swasta untuk bantu. Sebenarnya ramai yang mahu bantu Kementerian Kesihatan Malaysia. Tapi Adham Baba sudah putus asa. Minta dua Timbalan Menteri Kesihatan tolong buat rangka kerja dan pemantauan kepada operasi swasta-kerajaan ini. Yang ini Menteri dan Timbalan Menteri tak boleh minta upah kerja lebih masa.

“Pantau SOP dengan lebih tegas. Kalau orang mahu keluar bekerja, pastikan ada SOP kesihatan yang rapi. Kalau orang mahu keluar melancong, minta tangguh seketika. Kalau orang mahu ke sekolah, bekalkan mereka dengan pelitup muka dan sebotol sanitiser,” katanya. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button