Belang BertempatNasionalNegeriPembaca

Kalau Nano Sanitizer Spray Tidak Berkesan Cegah Wabak, Apa Fungsi Operasi Sanitasi Awam?

Kadang-kadang rakyat boleh jadi semakin bengong apabila sedaya upaya untuk cuba kawal diri daripada penyakit dan wabak, ada sahaja yang tidak kena di mata orang-orang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan nak kecam KKM atau tidak bersetuju dengan KKM apatah lagi sengaja dengan niat untuk menjatuhkan imej warga KKM namun isu mengenai penjagaan kendiri rakyat sering kali dipandang bodoh dan bangang.

Misalnya selama ini, bukan main KKM termasuk petugas barisan hadapan jalankan operasi sanitasi awam di tempat terbuka, setiap yang tersembur keluar semasa proses itu ada kos yang ditanggung kerajaan.

Namun baru-baru ini, alat semburan sanitasi atau alat nyah kuman yang boleh dibeli oleh berjuta rakyat Malaysia tiba-tiba dikatakan tidak berkesan bagi mengawal jangkitan virus.

Yang tersembur keluar daripada alat semburan sanitasi itu tetap dari bahan yang serupa yang dipakai oleh petugas barisan hadapan awal-awal dahulu, adakah yang dibuat dahulu itu cuma sia-sia?

Bodohlah kalau begitu.. sudahlah bawa nama petugas barisan hadapan, buat sesuatu kerja yang sia-sia dan tidak berkesan bagi mengawal jangkitan virus.

Dan memetik kepada beberapa laporan portal berita, kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) di KKM setelah alat semburan sanitasi dijual kepada umum.

Malah menerusi sebuah forum kesihatan di Malaysia, doctoroncall.com.my, individu yang dipercayai seorang doktor menambah penegasan alat semburan sanitasi seperti nano mist spray langsung tidak praktikal.

Dalam masa sama, laman rasmi MaHTAS turut bersetuju bahawa tidak ada bukti mengenai keberkesanan mahu pun keselamatan alat semburan sanitasi bagi mencegah penularan COVID-19.

Bagi mereka, bukti yang mengatakan semburan ini berkesan juga terhad selain ia hanya berkesan untuk singkirkan biofilm Staphylococcus aureus dan Salmonella typhimurium dalam keadaan tidak klinikal.

Yang berkesan bagi mereka adalah langkah-langkah standard seperti elakkan menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.

Jauhi orang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19, elakkan daripada mengunjungi kawasan tumpuan ramai orang serta patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jadi soalannya di sini adalah kalaulah alat semburan sanitasi yang digunakan secara kecil-kecilan tidak berkesan, bagaimana dengan operasi sanitasi awam? Beli guna duit siapa untuk membazir itu?

Mohon jangan keluarkan kenyataan, ‘Bahan yang digunakan oleh petugas barisan hadapan dalam operasi awam sudah dikaji secara klinikal oleh KKM dan selamat untuk mencegah COVID-19’.

Mohon bagi pencerahan lebih luas kepada media-media arus perdana dan janganlah bersembang dalam group Whatsapp atau medium yang boleh menimbulkan kejijikan serta kegentaran awam!

Sumber dari group Whatsapp : Kredit Suleiman Arkhem

Nota : Tulisan di atas tidak menggambarkan pendapat Suara Merdeka. Ia dipetik daripada penulis yang menggunakan nama Suleiman Arkhem di group Whatsapp. Suara Merdeka tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang diutarakan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button