pilihanPolitik

Kalau Azmin anak jantan – Amirudin

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya hadir emberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Kata Amirudin, itu adalah antara risiko yang perlu ditanggung selepas Azmin membangkitkan isu melibatkan pihak lain walaupun dalam persidangan negeri.
“Itu risiko harus ditanggung oleh beliau, sebab saya faham tentang kekebalan dalam dewan…dan imuniti dalam dewan adalah untuk mengukuhkan bicara tapi bila dia menyebarkan kembali apa diucapkan itu. Dia kena sedar risiko itu,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor 2024 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.
Oleh itu Amirudin berkata, kalau Azmin anak jantan beliau perlu hadir memberi keterangan kepada pihak polis.
Ia sebagai respon kepada kenyataan Azmin sebelum ini yang mendakwa menerima notis di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah berikutan tindakannya membangkitkan isu rakyat serta pentadbiran kerajaan ketika persidangan negeri itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang sebelum itu dilaporkan telah meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjual hak pembangunan PJ Sentral yang dijangka memberi pulangan bernilai RM1.04 bilion kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) pada nilai RM270 juta.
Azmin turut memetik laporan sebuah akhbar perniagaan mingguan bahawa pemaju hartanah, Tropicana Corporation Bhd, memperoleh sebidang tanah pajakan di Kota Damansara dengan harga RM224 juta. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button