
Kad Pengenalan Akan Memainkan Peranan Penting Dalam Subsidi Bersasar Petrol RON95 Kelak
Sistem subsidi dua peringkat dijangka akan diperkenalkan pada bulan Jun 2025 ini, dan Datuk Seri Amir Hamzah, Menteri Kewangan II mengatakan bahawa kad pengenalan rakyat dijangka akan diperkenalkan untuk memastikan subsidi petrol RON95 hanya dimanfaatkan oleh pihak yang sepatutnya.
Beliau tidak memberikan sebarang penerangan lanjut mengenai sistem subsidi yang akan diperkenalkan tersebut, tetapi berkata bahawa buat masa ini, sistem tersebut sedang diperhalusi dan butiran mengenainya akan perlihatkan lebih dekat pada masa pelancarannya kelak.
Kebarangkaliannya ialah kad pengenalan rakyat akan diselarikan dengan sistem PADU yang sebelum ini dilaporkan sudahpun mula diuji untuk hampir dua tahun.
Sistem subsidi dua peringkat ini akan memperlihatkan harga subsidi untuk petrol RON95, dan harga yang akan mengikut nilai pasaran, sama seperti RON97 dan RON100. Beliau turut mengatakan bahawa kira-kira 85 peratus daripada rakyat Malaysia akan dapat menikmati subsidi petrol ini, dan ini adalah apa yang dimaksudkan oleh kerajaan tentang subsidi bersasar untuk petrol.
Penggunaan kad pengenalan sebagai cara agihan subsidi dan wang bukanlah sesuatu yang baru, dimana program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) menggunakan kad pengenalan sebagai cara agihan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.
Sumber berita : Amanz