Kabinet baharu tiada TPM, lantik empat menteri kanan
KABINET baharu Malaysia tidak mempunyai jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi sebaliknya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk melantik empat menteri kanan.
“Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah Kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM.
“Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat
menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus.
“Untuk itu, saya akan melantik empat (4) orang Menteri Kanan (Senior Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Menurut beliau, pelantyikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.
“Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a cabinet that delivers.
“Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara. Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik
Berikut senarai Kabinet yang diumumkan oleh Muhyiddin sebentar tadi.
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz
Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
Menteri Kanan – Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Datuk Dr. Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: Muslimin Bin Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Menteri: Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Menteri: Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Binti Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Menteri: Datuk Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Menteri: Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Bin Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan
Sarawak)
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Kementerian Kewangan:
Menteri: YM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah
Kementerian Alam Sekitar
Menteri: Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim
Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr. Santhara Kumar
Kementerian Wanita dan Keluarga
Menteri: Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
Menteri: Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju
Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji
Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Menteri: Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong
Kementerian Luar Negeri
Menteri Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Bin Hashim
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Menteri: Datuk Seri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Menteri: Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Kementerian Perpaduan Negara
Menteri Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)