K-Tech patch solusi penjimatan minyak dan pelepasan karbon oleh Qiang Long
USAHA ini turut mengukuhkan peranan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi cekap tenaga, selari dengan visi negara untuk membangun industri hijau.
Dengan fokus kepada pasaran udara tercemar seperti Bangladesh, India, China, dan Asia Tenggara, Qiang Long merancang untuk mencapai sasaran pengguna yang mengagumkan – 1 juta pengguna tempatan dan 5 juta pengguna global menjelang 2025, dan melonjak kepada 2 juta pengguna tempatan serta 8 juta pengguna global pada 2026.
Menurut pengarah syarikat itu Qiang Long,Encik Eric Chiwe, teknologi ini bukan sahaja memacu pertumbuhan perniagaan tetapi juga memberikan manfaat langsung kepada pengguna dan alam sekitar.
“Kami optimis terhadap peluang menembusi pasaran antarabangsa, selain menjana lebih banyak kerjasama serantau serta peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,” katanya ketika pelancaran rasmi teknologi tersebut.
Ciri Inovasi K-Tech Patch
Dibangunkan melalui penyelidikan selama sedekad, teknologi K-Tech Patch menawarkan:
- Pengurangan pelepasan karbon sehingga 40%.
- Penjimatan penggunaan minyak hingga 15%.
- Peningkatan kecekapan enjin kenderaan.
Langkah ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan komitmen negara terhadap Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Jawapan kepada Cabaran Kualiti Udara
Data terkini menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke-38 negara paling tercemar pada 2023, merosot 50 tangga sejak 2019. Bandar seperti Klang, Selangor dikenalpasti sebagai kawasan dengan kualiti udara yang membimbangkan. K-Tech Patch berupaya menjadi penyelesaian kepada isu ini, menjadikan teknologi ini relevan dalam menangani cabaran global dan nasional.
Teknologi Nano-Terahertz yang Terkini
K-Tech Patch menggunakan teknologi Nano-Terahertz – satu inovasi yang dipatenkan di Malaysia. Teknologi ini meningkatkan prestasi enjin, mengurangkan pelepasan karbon, dan menawarkan penjimatan kos kepada pengguna. Selain itu, produk ini telah mendapat pengiktirafan daripada:
- TÜV NORD (Kesatuan Jaminan Teknikal Eropah).
- SIRIM Malaysia.
- Agensi Nuklear Malaysia di bawah MOSTI.
Harga dan Promosi Produk
Produk ini akan dilancarkan secara rasmi pada Mac 2025 dengan harga seperti berikut:
Spesifikasi | Harga Runcit | Harga Promosi |
---|---|---|
K-Tech Patch bawah 2,000 CC (Waranti 5 tahun) | RM498 | RM398 |
K-Tech Patch atas 2,000 CC (Waranti 5 tahun) | RM623 | RM498 |
K-Tech Patch bawah 500 CC (Waranti 5 tahun) | RM249 | RM149 |
Nota: Servis tampalan PERCUMA disediakan melalui panel rasmi dalam tempoh 14 hari selepas pembelian.
Rancangan Kerjasama Strategik
Dalam usaha memperkukuhkan pemasaran, Qiang Long turut menjalin kerjasama dengan pempengaruh tempatan serta membuka peluang kepada pengedar dan stokis automotif di seluruh negara. Pendaftaran kini dibuka dengan keutamaan diberikan kepada 500 pendaftar pertama secara percuma.
Maklumat lanjut:
- Laman Web Rasmi: https://qianglongtech.com/about-k-tech-1
- Talian Khidmat Pelanggan (Whatsapp): +6016-26487709