Nasional

12 projek MCMC ke peringkat akhir WSIS 2025

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 projek Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya disenaraikan sebagai finalis bagi World Summit on the Information Society (WSIS) 2025 yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dengan sokongan pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut kenyataan MCMC, pengiktirafan itu merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan pembangunan digital negara dan mencerminkan komitmen Malaysia yang berterusan dalam memacu keterangkuman digital serta mempromosikan inovasi mampan selaras dengan aspirasi global di bawah rangka kerja WSIS.

MCMC menyifatkan pemilihan projek-projek Malaysia daripada ratusan penyertaan di seluruh dunia sebagai satu pencapaian hebat dan bukti kedudukan negara yang semakin kukuh dalam landskap digital antarabangsa.

Malaysia turut diberi penghormatan sebagai Rakan Strategik Platinum bagi WSIS+20 tahun ini, sekali gus mengukuhkan lagi pengaruh negara dalam perbincangan digital global serta memperlihatkan kemunculan Asia Tenggara sebagai kuasa digital serantau.Antara projek yang berjaya disenarai pendek termasuk inisiatif seperti Kesalinghubungan Luar Bandar Ditakrifkan Semula melalui projek SMART600 yang memberi fokus kepada masa depan digital di Sarawak, serta MetaHRise yang mentransformasi proses suai tugas dan pembangunan bakat menggunakan teknologi metaverse.

Turut disenaraikan ialah Pusat Penyebaran Maklumat Kebangsaan, Program Masyarakat Tanpa Tunai MCMC, Kiosk Telekesihatan Pintar Sihat Xpress dan inisiatif Memperkasakan Komuniti untuk Penggunaan AI yang Sihat dan Beretika melalui program kerjasama MCMC dan Microsoft AI TEACH.

MCMC dalam kenyataannya berkata, kesemua projek itu merangkumi pelbagai Garis Tindakan (Action Lines) WSIS dan amat selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) PBB.

“Malah, kejayaan berterusan pada tahun 2023 dan 2024 turut menyumbang kepada reputasi Malaysia sebagai peneraju serantau dalam penggunaan ICT untuk pembangunan inklusif.

“Dengan sokongan padu merentas kementerian dan agensi kerajaan, projek-projek ini mendorong ke arah masyarakat yang lebih terhubung secara digital dan diperkasakan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, MCMC turut menggalakkan rakyat Malaysia menyokong usaha-usaha tempatan dengan mengambil bahagian dalam undian awam bagi WSIS 2025 yang kini telah dibuka.

Rakyat diseru untuk mengundi projek-projek yang memberi inspirasi dan membawa manfaat besar kepada masyarakat di peringkat global.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button