Nasional
Jumlah jangkitan Covid-19 meningkat 790 orang
JUMLAH kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 790 orang hari ini.
Sebanyak 117 kes baru dicatatkan termasuk 80 kes berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada akhir bulan lalu.
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, 15 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.-SM