Luar Negara

Jualan telefon pintar jatuh menjunam, Huawei beralih ke bidang penternakan babi guna teknologi AI

Sebagai langkah untuk menangani kesukaran dalam penjualan telefon pintar, Huawei kini memperkenalkan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk penternak babi dan bekerjasama dengan industri perlombongan arang batu.

Ianya merupakan satu langkah dari Huawei untuk mencari sumber keuntungan berdasarkan teknologi syarikat itu selepas sekatan yang dialami terhadap pengeluaran telefon pintar milik syarikat itu.

Teknologi pengecaman wajah, Artificial Intelligence (AI) diperkenalkan sebagai langkah membantu memodenkan penternakan babi dimana ianya bertujuan mengesan sekiranya haiwan ternakan itu dijangkiti penyakit serta mengesan pergerakannya.

Teknologi AI dikatakan dapat mengenal pasti dan mengecam haiwan ini secara satu per satu manakala teknologi lain pula berfungsi memantau berat badan, diet dan senaman haiwan itu.

Selain Huawei, syarikat teknologi terbesar China iaitu JD.com dan Alibaba juga telah bekerjasama dengan penternak babi di China untuk membawa teknologi baru dalam penternakan haiwan ini.

“Penternakan babi adalah satu lagi contoh bagaimana kita berusaha menghidupkan semula beberapa industri tempatan dengan teknologi ICT untuk menciptakan lebih banyak nilai komersial bagi industri ini pada era 5G,” tambah jurucakap Huawei.

China merupakan negara yang mempunyai industri ternakan babi terbesar di dunia dan merupakan rumah bagi separuh hidupan babi hidup di dunia.

Terdahulu, syarikat telekomunikasi terbesar dari China itu dihentikan daripada mengakses komponen penting setelah pentadbiran dari bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melabel Huawei sebagai ancaman kepada keselamatan negara AS.

Sebagai kesan, Huawei telah dilarang untuk mengeluarkan model 4G disebabkan mereka tidak mempunyai kebenaran dari AS untuk mengimport komponen untuk mencipta model 5G mereka.

Ekoran dari sekatan tersebut, penjualan telefon pintar Huawei menjunam 42% pada suku terakhir tahun 2020 kerana menghadapi kekurangan bekalan mikrocip

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button