Nasional

Joe Flizzow kena tegur dengan Hannah Yeoh sebab pakaian

TULAR di Tiktok Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkongsi mengenai perwatakan penyanyi rap terkemuka negara yang juga penerbit muzik, Joe Flizzow ketika zaman persekolahan.
Hannah dalam klip video dipercayai dipetik daripada dokumentari berjudul ‘This Is Johan’ mengenai penyanyi tersohor itu, menyifatkan Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak berbeza dengan rakan yang lain.
“Uniform dia (Joe Flizzow) selalu sedikit berbeza dari yang lain, dia pakai seluar ‘baggy’, baju selalu tak ‘tuck in’ (dimasukkan ke dalam).
“Sebagai ketua pengawas saya selalu tegur dia dan memperbetulkan cara pemakaiannya,” kongsi Ahli Parlimen Segambut dari DAP itu.
Hannah dan Joe merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama, Selangor.
Joe dalam reaksi melalui klip video yang sama berkata: “Nakal lebih elok berbanding jahat. Nakal tak apa. Degil tak apa, jangan jahat je.”
Dokumentari  This Is Johan bahagian satu dan dua sudah ditayangkan dan boleh ditonton menerusi platform penstriman hiburan, Viu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button