Rencah Hidup

Jika ada pahala semua yang berlaku Ebit hadiahkan kepada mak ayah

PENDAKWAH bebas Ebit Lew mahu menghadiahkan semua pahala yang diperoleh daripada semua perkara yang berlaku ke atas dirinya kepada ibu bapanya.

Beliau yang dirundung kontroversi berikutan misi kemanusiaan ke Gaza berkata, cukuplah apa yang berlaku.

“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya yer. Cukuplah sampai sini yer.

“Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya,” katanya.

Ebit Lew turut menyatakan kemaafannya terhadap pihak yang melemparkan fitnah dan mahu menjatuhkan dirinya.

Malah pendakwah yang bersifat dermawaan itu turut memaafkan pihak yang melemparkan perkataan buruk ke atas dirinya. Serentak itu, Ebit Lew turut meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kejadian yang berlaku melibatkan dirinya.

“Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi,bodoh, penunggang, dan lain-lain.

“Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya,bidadari saya, dan anak-anak saya. Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini.

“Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ye pada semua,” kata Ebit Lew.

Tambah Ebit Lew, perselisihan yang berlaku tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya hanya memberikan keuntungan kepada syaitan.

Justeru beliau meminta semua pihak supaya bersatu hati untuk membantu rakyat yang terkesan akibat musibah Covid-19.

“Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah covid ini.

“Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita semua.

“Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan,” pesan Ebit.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button