Luar Negara

Jepun mungkin tawar suntikan vaksin Covid-19 secara percuma

Gelombang kedua jangkitan pada musim sejuk

DALAM usaha mengurangkan kadar kematian dan jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital, Kerajaan Jepun mungkin menawarkan suntikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada semua, lapor agensi berita Xinhua.

Pada mesyuarat minggu lalu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan, kerajaan memberi jaminan bekalan vaksin untuk separuh pertama tahun 2021 adalah mencukupi untuk semua rakyat.

Vaksin akan dibeli menggunakan dana simpanan untuk tahun fiskal semasa hingga Mac 2021.

Awal bulan ini, kerajaan bersetuju dengan syarikat pengedar ubat Britain, AstraZeneca Plc untuk menerima 120 juta dos vaksin Covid-19 yang dibangunkan dengan Universiti Oxford.

Mesyuarat berkenaan turut memutuskan mengenai langkah-langkah baharu memerangi virus maut itu sebagai persediaan awal mengekang penularan wabak influenza pada musim sejuk dan kemungkinan gelombang kedua jangkitan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button