Hiburan

Jennifer Lopez mahu anak dengan Alex Rodriguez

AMERIKA SYARIKAT – Jennifer Lopez (JLo) melalui frasa kehidupan yang penuh dengan warna warna.

Pernah berkahwin dengan Marc Anthony, juga seorang penyanyi, pasangan ini mempunyai anak kembar.

Selepas bercerai, JLo menjalani kehidupannya dan pada Mac tahun ini, dia bertunang dengan bekas bintang baseball, Alex Rodriguez.

Kesibukan jadual kerja JLo dan Rodriguez tidak membataskan pasangan kekasih ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

Rodriguez seorang duda, juga mempunyai dua orang anak perempuan hasil perkahwinannya terdahulu.

Hubungan JLo dengan dua anak tirinya dikatakan rapat.

Di sebalik kesibukan jadualnya, JLo yang juga merupakan seorang pelakon mendedahkan, beliau mahu mempunyai anak dengan tunangnya itu.

Mereka juga sering meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak walaupun jadual masing-masing agak padat.

Ini dinyatakannya dalam satu temu bual dengan majalah People.

“Anak-anak adalah keutamaan kami dan saya berhasrat untuk membesarkan keluarga kami,” kata pelakon filem Hustlers.

JLo mengakui, memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu banyak mengubah kehidupannya yang jauh lebih baik jika dibandingkan sebelum bergelar ibu.

Memetik laporan The News Internatioanl, JLo berkata, anak-anak adalah keutamaan dia dan Rodziguez.

“Dengan kehadiran anak-anak, hidup saya menjadi lebih baik,” kata JLo. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button