Nasionalpilihan

Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan

JENAZAH penyanyi popular era 1970-an, Allahyarham Datuk Hail Amir telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, pada pukul 11 pagi ini.
Kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan Allahyarham hadir pada pengebumian itu.
Antara yang hadir termasuk Datuk Yusof Haslam, penyanyi Yusni Hamid, Datuk DJ Dave, pelakon Abon dan rakan seperjuangan Allahyarham pada era 70-an.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada paru-paru pukul 3.40 petang semalam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button