Nasional

Jawatankuasa Khas Kabinet lindungi kebajikan golongan rentan

BAGI melindungi nasib golongan rentan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bakal menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet.

“Mesyuarat Kabinet telah memutuskan untuk menubuhkan jawatan kuasa Kabinet bagi menangani isu-isu dan melindungi kumpulan rentan” katanya pada sidang media.

Beliau berkata jawatankuasa yang dipengerusikannya sendiri itu dianggotai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Kementerian Dalam Negeri (KDN); Kementerian Pendidikan (KPM); Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Kementerian Kesihatan (KKM); Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). – Astro Awani.

“Isu ini bukan sahaja melibatkan anak-anak kurang daya pemikiran tetapi melibatkan anak-anak lain seperti anak yatim dan OKU yang lain” jelasnya.

Tambahnya, isu ini perlu ditangani dengan segera supaya dapat menjaga kebajikan bukan sahaja golongan rentan tetapi golongan wanita serta warga emas.

Katanya jawatankuasa itu akan memastikan semua pusat jagaan yang beroperasi diurus mengikut prosedur dan peruntukan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

“Dalam hal yang sama, jawatankuasa ini juga akan melihat operasi institusi pengajian agama seperti pusat tahfiz yang tidak berdaftar dan yang tidak diurus dengan baik,” katanya kepada pemberita. – ASTRO AWANI – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button