AgamaRencah Hidup

Jauhi ajaran sesat yang menyesatkan!

SEJAK semalam selepas tersiarnya status di laman Facebook milik Yang diPertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, ramai yang bertanya mengenai ajaran sesat yang didakwa dibawa oleh seseorang ini. Antara mereka yang membuat hantaran di muka buku masing-masing termasuklah bekas wartawan, Siti Ainiza Kamsari.

Dalam catatannya, beliau menulis begini: Lebih-lebih lagi melibatkan sebuah video yang viral sejak semalam (kelmarin) yang memperlihatkan satu ‘ajaran’ yang langsung tak masuk dek akal!

Menurut catatan Siti Ainiza lagi, agama baharu itu sangat bertentangan dengan segala iktikad yang kita imani selama ini dan tidak lebih seperti satu fitnah kepada agama Islam yang suci.

“Walau sudah begitu jelas kesesatannya NAMUN belum difatwakan sesat. Tapi insya-Allah kalau kita guna dan bersandarkan segala ilmu yang kita sudah pelajari selama ini, pelajar sekolah pun tahu betapa sesat ajaran ini.

“Satu cubaan yang menggunakan nama ‘Tuhan Yang Satu’ untuk mengubah 360 darjah, seluruh mengenai Islam yang kita anuti selama ini.

Related Articles

“Oleh itu, jangan dek kerana belum difatwakan sesat maknanya, kita boleh try n testDon’t spoil your beautiful brain, the best ever gift from Allah!,” tulis Siti Ainiza lagi.

Sekarang difahamkan satu fail telah dibuka mengenai ajaran ini yang bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sangat menyedihkan kerana dilaporkan sudah ada yang bertukar iktikad termasuk berbeza lafaz syahadah ekoran mempercayai ajaran ini. Nauzubillah…ujarnya.

Di saat wabak Covid-19 masih begitu hebat menyerang kita semua maka diambil kesempatan pula dengan segala macam ajaran yang kononnya berlandaskan Islam dan Al Quran sebenar sedangkan tidak lebih satu niat jahat dan fitnah semata-mata, tulis Siti Ainiza.

“Janganlah kita menjadi seperti Nabi Musa AS yang terpaksa berhadapan dua musuh yang nyata. Iaitu kekejaman Raja Firaun dan kedegilan umatnya sendiri, Bani Israel.

“Iaitu kita terpaksa menghadapi ancaman wabak dan dalam masa yang sama ada pelopor yang sesat dan cuba menyesatkan umat atas nama “Melayu”,” catat beliau lagi.

Andai ajaran itu dapat dikenalpasti sebagai satu lagi ajaran sesat yang baharu di negara ini maka lengkaplah sudah ‘pasangan’ ajaran sesat yang dikenali sebagai Ayah Pin.

Itu kalau telah dikenalpasti dan difatwakan haram tetapi sehingga hari ini, status ajaran yang dibawa oleh individu tersebut sebagai pengasas dan para pengikutnya adalah bebas dan belum ada sebarang sekatan.

“Bagi pengasasnya, tentulah sebagaimana yang beliau pertahankan semalam bahawa apa sahaja  yang didedahkan oleh sebuah tayangan video dan diakui sendiri oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan adalah fitnah semata-mata.

“Sedangkan sudah terang lagikan bersuluh. Pada video tersebut sudah membuktikan segala-galanya.

“Bagi seorang bekas ahli sebuah pertubuhan yang difatwakan sesat pada tahun 1994, perkara ini tidak menghairankan iaitu bagi kepala ajaran sesat untuk mengaku ajarannya sesat dan mereka cipta segala macam alasan bagi tidak mengaitkan diri dengan sebarang ajaran sesat,” kata Siti Ainiza.

Akhir kalam Siti Ainiza, Jatuhlah reputasinya dihadapan para pengikut. Dia dah seronok menyebarkan segala macam ajaran, tiba-tiba dikatakan sesat tentulah ini menggemparkan di kalangan ahli.

Ini kerana apa yang mereka tahu dan diberitahu, mereka berada di siratulmustaqim, jalan yang lurus lagi benar, katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button