Politik

Putra Kelantan mahu MB jelaskan isu tanah PMBK dilelong

PARTI Putra Kelantan mendesak Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob memberi penjelasan berhubung isu penjualan tanah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kepada sebuah institusi perbankan.

DATUK Ahmad Yakob

Ketua Penerangan Putra Kelantan, Ab. Kadir Yaacob dalam satu kenyataannya hari ini berkata,  Menteri Besar yang juga selaku pengerusi PMBK perlu memberi penjelasan kepada rakyat, adakah benar tanah milik PMBK dilelong?

Beliau dalam kenyataannya turut mempersoalkan, selepas gadaian dibuat oleh institusi perbankan yang berkenaan, mengapakah hutang pinjaman tidak dilunaskan?

“Mengapakah hutang institusi perbankan tersebut  tidak mampu dibayar?  Kita bimbang mungkin akan ada lagi aset atau harta lain yang akan mengalami nasib yang sama seperti tanah PMBK,” kata Ab. Kadir.

Dalam kenyataan yang sama, disertakan sekali perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu, Kelantan mengeni jualan Lelong Awam ke atas tanah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Penjualan lelong iaitu antara Agensi/Institusi Direct di bawah kuasa MB di mana tanah tersebut digadai kepada Maybank tetapi tidak membayar hutang pinjaman.

Menurut perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu itu lagi, lelongan awam akan diadakan pada hari Rabu depan,10 Februari 2021 secara operasi e-lelong bertempat di Kompleks Mahkamah Kuantan.

Kata Ab. Kadir lagi, sebagai Ketua Penerangan Putra Kelantan, beliau menuntut agar pihak Menteri Besar dan timbalannya serta barisan Exco Negeri supaya beramanah dalam menjalankan tugas demi rakyat negeri itu.

“Jika gagal menjaga harta rakyat Kelantan, dinasihatkan letak jawatan kerana rakyat negeri Kelantan mahu pemimpin yang amanah,” katanya dalam kenyataan yang sama. – SM

 

(Visited 677 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button