Nasional

Jangan tertipu dengan pautan Maybank2u palsu

EMPAT laporan polis buat melibatkan kes penipuan melalui pautan Maybank2u palsu yang melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM22,300.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, mangsa akan menerima emel yang kononnya dihantar oleh pihak Maybank.

“Dalam emel tersebut menyatakan bahawa akaun bank mangsa mempunyai masalah keselamatan.

“Mangsa kemudian diminta untuk menekan pautan yang disertakan dalam emel tersebut.

“Laman sesawang itu kelihatan seperti Maybank2u dan mangsa akan menekan pautan tersebut tanya menyedari yang ia adalah laman palsu.

“Mangsa juga akan diminat untuk mengemaskini butiran peribadi, kata laluan dan nombor telefon melalui laman sesawang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainuddin lagi, mangsa kemudian akan mendapati wang dalam akaun miliknya akan berkurangan.

Ujarnya, dalam kes terbaharu, pautan laman sesawang palsu itu diperoleh menerusi iklan cabutan bertuah Maybank yang dipaparkan melalui Facebook.

“Orang ramai disarankan supaya sentiasa memastikan laman sesawang Maybank2u yang dibuka adalah benar-benar sama dengan alamat sesawang Maybank2u

“Segera berhubung dengan pihak bank sekiranya menerima emel yang mengarahkan anda untuk mengekaskini maklumat peribadi melalui laman sesawang Maybank2u,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh berhubung dengan CCID Scam Response Center di talian 03-26101559/1599 jika mempunyai kemusykilan atau keraguan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button