Nasional

3 lelaki Bangladesh ahli sindiket pemalsuan pasport ditahan

SEBANYAK tiga lelaki warga Bangladesh ditahan kerana diipercayai telibat dengan sindiket pemalsukan dokumen pasport.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penahanan kesemua suspek berusia 36 hingga 46 tahun itu dilakukan pada 10 April lalu.

“Selain tangkapan, kita turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan bertujuan untuk pemalsuan dokumen pasport.

“Kesemua tangkapan juga tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah dan kini direman sehingga 24 April depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, antara barangan yang dirampas ialah 13 buah pasport Bangladesh, salinan transaksi wang, dua salinan laporan polis palsu, tig buah telefon pelbagai jenama dan komputer riba.

Ujarnya, kes kini disiasat disiasat di bawah Seksyen 12(1)(a), Seksyen 12. (B) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155)(Pindaan 2002).

Tambahnya, usaha mengesan saki baki anggota suspek yang masih bebas sedang dijalankan dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke balai polis berdekatan. -SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button