Jamal mohon doa dari orang ramai untuk isteri yang dirawat di IJN
RAJA pop Datuk Jamal Abdillah yang dikhabarkan akan menimang cahaya mata ketujuh, memohon kepada peminat agar dapat mendoakan kesihatan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28.
Isterinya itu yang hamil dua bulan sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan kesan sampingan akibat ubat alahan yang menyebabkan muntah teruk.
“Sebelum ini dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tidak makan, tak minum dan air tidak boleh masuk.
Jadi, dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Namun, balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan masukkan semula dia ke hospital.
“Saya mengharapkan doa daripada semua agar isteri dan anak dalam kandungan sihat sampailah hari kelahiran,” katanya.
Malah katanya, akibat daripada alahan dan muntah yang teruk Zai Izzati mengalami tiroid dan sakit tekak.
Doktor bagi ubat tahan muntah dan tiroid. Kedua-dua ubat ini kita tidak tahu yang mana satu mengakibatkan kekejangan otot dan tekak dia kejang