Lifestyle

Jakel perluas ruang niaga, meriahkan Meet & Greet bersama duta

SEBAGAI tanda penghargaan kepada pelanggan setia, jenama tekstil terkemuka negara, Jakel, sekali lagi menganjurkan acara Meet & Greet bersama barisan dutanya di Jakel Mall yang berlangsung semalam.

Inisiatif ini diteruskan susulan sambutan luar biasa yang diterima dalam program serupa di Jakel Shah Alam pada 31 Januari lalu. Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada pelanggan yang tidak sempat mendapatkan baucar diskaun pembelian baju Raya Aidilfitri sebelum ini.

Meet & Greet Jakel Kembali! Peluang Dapatkan Diskaun Raya

“Kami sangat teruja dengan sambutan yang luar biasa sejak pengumuman duta-duta Jakel dua minggu lalu. Namun, ramai pelanggan yang tidak berkesempatan mendapatkan baucar, maka kami mengambil keputusan untuk meneruskan acara ini sekali lagi.

“Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, kami menawarkan baucar diskaun tambahan sebanyak 20 peratus yang akan diedarkan sendiri oleh duta-duta Jakel,” katanya ketika ditemui di program Meet & Greet 2 di Jakel Mall, hari ini.

Acara kali ini dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti terkenal seperti Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Elly Mazlein, serta Anzalna dan keluarganya. Turut serta memeriahkan suasana adalah anggota kumpulan pelawak Senariounion, maskot animasi popular Upin & Ipin, serta tiktoker Sallywho dan pasangannya.

Dalam usaha meningkatkan keselesaan pengunjung, Jakel turut memperluaskan ruang niaga di aras tiga bangunan tersebut dengan konsep berwajah baharu.

“Ruangan ini menempatkan koleksi sedondon terkini untuk remaja, kanak-kanak serta ibu, sekaligus memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif.

“Selain itu, kami juga menyediakan kemudahan seperti parkir luas, tandas dan surau bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa. Ini selari dengan moto kami untuk tahun 2025 – ‘Mendonia Bersama Jakel’. Jakel, Barulah Raya!” ujarnya.

Dalam pada itu, Jakel turut memperkenalkan kemudahan pembayaran mudah (Easy Payment) dengan kerjasama Maybank, Affinbank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

“Sebagai contoh, pembelian bernilai RM500 boleh dibayar dalam lima kali ansuran, manakala bagi pembelian RM1,000, pelanggan boleh membuat pembayaran secara ansuran selama 10 bulan.”

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, Jakel turut mengambil 5,000 kakitangan sambilan di seluruh negara, termasuk 1,500 pekerja di Jakel Mall bagi memastikan urusan pelanggan berjalan lancar menjelang Ramadan.

“Kami juga mengalu-alukan penyertaan lepasan sekolah dan pelajar kolej atau universiti untuk menyertai kami sepanjang bulan Ramadan ini, sekaligus memberi mereka peluang mempelajari selok-belok perniagaan,” katanya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button