NasionalNegeriPendidikan

Jadilah pemimpin yang adil dan berintegriti – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi golongan yang jujur dan sentiasa berpegang kepada nilai integriti.

Titah Baginda, ini kerana dengan kepimpinan yang adil tanpa mengabaikan nilai integriti akan mendorong orang lain untuk menghormati prinsip kepimpinan seseorang itu.

Demikian titah Raja Muda yang juga Canselor UniMAP ketika berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-16 UniMAP Sidang Ke tujuh di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, pagi tadi.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli,Tuanku Syed Faizuddin dalam titah turut mengingatkan semua bahawa pemimpin yang disayangi adalah pemimpin yang memimpin dengan nilai kasih sayang, teladan dan bertoleransi.

Oleh itu titah Baginda, sentiasalah menyelami hati dan situasi pekerja bawahan masing-masing kerana tanpa mereka seseorang pemimpin itu tidak mudah untuk berada di kemuncak kerjaya atau organisasinya.

Di majlis tersebut Tuanku Raja Muda berkenan menganugerahkan folder ijazah kepada 398 graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Biosistem dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia Teknologi Makanan, Proses Kimia Industri serta Bioteknologi Industri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button