Nasionalpilihan

Isteri cedera selepas bergaduh mahu periksa telefon suami

RISAU kerana suaminya yang bekerja sebagai serng penghantar kurier pulang lewat pagi ke rumah, seorang isteri mengambil keputusan untuk memeriksa telefon suaminya.

Namun, niat isteri itu bagaimanapun telah menimbulkan rasa tidak puas hati suaminya sehingga berlaku pergelutan dan pergaduhan sebelum dileraikan ibu mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada 13 Ogos lalu kira-kira pukul 4 pagi.

“Ketika kejadian, mangsa yang berusia 19 tahun mendapati suaminya yang berusia 21 tahun baru pulang ke rumah.

“Mangsa cuba mengambil telefon bimbit suaminya namun tidak diizikan sehingga berlaku pergaduhan dan pergelutan,” katanya.

Menurut Mohamad Farouk, pergaduhan itu kemudian telah dileraikan oleh ibu mangsa yang tinggal berhadapan rumahnya. .

Jelasnya, pasangan tersebut berkahwin pada Oktober 2020 dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 bulan.

“Akibat pergaduhan itu, mangsa telah mengalami kecederaan ringan iaitu lebam di bahagian lengan kiri dan kanan, kesan lebam lutut kiri akibat terjatuh,” katanya.

Tambahnya, suami mangsa telah ditangkap dan ditahan reman selama empat hari sehingga hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button