Politik

Mageran boleh permudahkan undang-undang sedia ada

Majlis Gerakan Negara (Mageran) boleh membersihkan dan melicinkan undang-undang yang sedia ada yang tidak memihak kepad orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Ahli Perniagaan Antarabangsa, Datuk Abul Hassan Mohd Rashid berkata, pada masa ini banyak undang-undang berkaitan dengan banyak perkara dan semua ada kepincangan, tidak boleh dibaiki dengan Parlimen.

“Untuk tukar undang-undang atau Perlembagaan, Parlimen kena ada 2/3 majoriti. Pada masa ini saya tak nampak perkara ini boleh berlaku.

“Selagi perkara ini tak boleh berlaku, bermakna orang-orang ini Melayu, orang muda Melayu, agama Islam, Raja-Raja Melayu dan banyak perkara lagi akan ada masalah di masa hadapan.

“Tetapi jika ada Mageran, kita senang untuk ubahsuai semua, bukan ubahsuai bagi menakluki atau menjajah sesiapa,” katanya.

Menurut Adul Hassan, semua GLC mesti dianggotai oleh orang profesional dan bukan orang politik.

Jelasnya, AJK macam ini boleh ditubuhkan untuk menyelaraskan mencari jalan untuk membersihkan undang-undang yang ada seperti Raja-Raja.

“Bila kita buat undang-undang baharu dari segi agama, bangsa Melayu, bangsa lain, orang cina dan sebagainya dan raja-raja, negara kita akan aman.

“Sebab perkara ini sudah dibersihkan dan kita buat satu perkara undang2 di mana, jika sesiapa menyoal soal agama, soal bangsa dan perkauam dan raja-raja, masukkan mereka ke dalam penjara tanpa ke mahkamah selama dua tahun.

“Negara kita akan jadi aman, demokrasi lebih licin dan kita fokus kepada benda-benda lain, ekonomi negara, sosial dan sebagainya.

“Selagi kita tidak ubah undang-undang menyelaraskan undang-undang ini sampai bila pun kita akan berhadapan dengan perkara agama, perkauman, seperti tuduhan dap rasis, Melayu dan macam-macam.

“Kita bersihkan ini semua supaya kita boleh maju ke hadapan tanpa ada perbincangan dalam perkara ini,” katanya.

Selain itu katanya, golongan cerdik pandai boleh membincang dan mencari jalan serta melihat apa undang-undang yang tidak sesuai kitab oleh ubahsuai.

Ujarnya, jika kita nak bawa ke Parlimen untuk mendapat 2.3 memang susah.

“Jadi bila ada mageran ini semua boleh dilakukan dengan perbincangan tertutup dan undang-undang ini akan memberi kebaikan kepada negara akan datang.

“Saya juga cadangkan dalam mageran, jabatan SPRM, PDRM, tentera, suruhanjaya pilihan raya dan AG sebagainya diletakkan di bawah satu ajk yang lapor kepada Agong.

“Jadi jabatan ini bebas daripada perdana Menteri dan PM tidak boleh arahkan mereka ambil tindakan atau tak ambil tindakan ikut PM.

“Negara kita lebih bersih, aman dan maju dna kita tahu sesiapa langar undang-undang mereka akan dikenakan tindakan di bawah jabatan berkaitan.

“Jika ada cadangan yang baik seperti untuk memperbaiki cara undang-undang dan sebagainya, mereka ini boleh merumuskan dan melaporkan kepada Agong.

“Cara Parlimen sekarang, kita tidak boleh buat sedemikian. Ini sudah berlaku sudah lama kita tidak boleh ubah,” jelasnya. -SM

(Visited 662 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button