Nasional

Ismail Sabri jelaskan fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara

Rentas daerah, negeri hanya dibenarkan selepas negara berada pada Fasa 3

MENTERI Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan terdapat empat fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketika ini Fasa 1 yang bermula sejak 1 Jun lalu akan terus berkuatkuasa sehingga terdapat tiga indikator tiga indikator nilai ambang utama dicapai.

Negara hanya akan beralih ke Fasa 2 apabila purata kes harian COVID19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil unit rawatan rapi pada paras sederhana serta kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Katanya, situasi ketika ini masih belum dianggap sebagai berjaya untuk beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2.

“Berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan akan mengekalkan lagi tempoh Fasa 1 di seluruh negara seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum disahkan hari ini,” katanya.

Related Articles

Justeru semua SOP masih kekal namun kedai makan dibenarkan buka dari pukul 6 pagi hingga pukul 10 malam.

Bagi fasa dua, senarai positif sektor yang dibenarkan beroperasi akan diperluaskan.

Bagaimanapun pergerakan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi pergerakan guru sekolah dan pelajar kelas-kelas peperiksaan.

Pergerakan rentas negeri bagi pasangan jarak jauh adalah dibenarkan bagi kes kecemasan dan khas sahaja dengan kelulusan PDRM.

“Dalam fasa 2, pasar tani dan pasar pagi dibenarkan beroperasi dari 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi dan terhad kepada 6 komoditi iaitu sayursayuran, buah-buahan, barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging.

“Walaubagaimanapun, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu masih tidak dibenarkan dibuka.

“Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu dan tidak bersentuhan fizikal dibenarkan,” katanya.

Bagi fasa 3 semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi dan disenaraikan dalam senarai negatif seperti spa, pedicure dan manicure, pub dan kelab malam.

Pergerakan rentas daerah dibenarkan sepanjang fasa 3 manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Pembukaan sektor pendidikan termasuk sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran dan institusi-institusi pendidikan lain.

Aktiviti pelancongan adalah dibenarkan dalam fasa ini dengan syarat pelancongan dalam negeri sahaja

Fasa empat dapat dilaksanakan apabila bilangan kes COVID -19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok.

Fasa terakhir ini akan membolehkan rakyat kembali semula kepada norma kehidupan seharian yang mana hampir kesemua sektor dibenarkan sepenuhnya tertakluk kepada SOP sedia ada yang telah ditetapkan. -SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button