Isham Jalil jawab dakwaan Tony Pua
DAP tidak korup, boleh lakukan lebih baik berbanding BN, UMNO
AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menjawab kenyataan Tony Pua dalam majlis makan malam DAP yang mengatakan, DAP tidak korup dan boleh melakukan lebih baik “berbanding gabungan korup seperti Barisan Nasional serta UMNO”.
Isham yang dimaklumkan tentang kenyataan Pua pada majlis yang diadakan malam tadi berkata, “Apabila ada orang seperti ini petik nama UMNO dan memburuk-burukkan parti saya dalam majlis partinya, saya terpanggil untuk jawab.”
Beliau seterusnya berkata, “Saya ingin kata satu perkara sahaja kepada Tony Pua. Boss kamu di Kementerian Kewangan dulu pun ada kes korup di mahkamah, satu dia minta gugur dan satu lagi masih dibicara.
“Dan kawan-kawan parti kamu semasa jadi kerajaan 22 bulan dulu apabila ada dakwaan kes korup terus lompat parti masuk PN atau Bersatu dan tiba-tiba jadi “bersih”.
“Oleh itu celah mana yang kamu atau parti kamu itu bersih berbanding UMNO yang kamu kata korup?”
Kata Isham lagi, “Dan jika UMNO ini korup dan kotor sangat, tidak perlu tunggu PRU-16, sekarang pun kamu boleh cadang kepada pemimpin parti kamu untuk tinggalkan UMNO daripada Kerajaan Perpaduan.
“Saya ok sahaja jadi pembangkang dan jika tidak kerana titah SPB YDP Agong dahulu, UMNO dan BN memang bersedia untuk jadi pembangkang selepas PRU-15 tempoh hari. Kamu sedia jadi pembangkang?” – SM