Ireland isytihar penempatan Israel di Palestin sebagai ‘de facto annexation’
IRELAND telah menjadi negara Eropah pertama yang mengisytiharkan pembinaan penempatan Israel di wilayah Palestin sebagai ‘de factor annexation’.
Usul yang dibentangkan oleh Sinn Fein di Dewan Rakyat Ireland atau Dáil diserahkan setelah mendapat sokongan pihak kerajaan dan pembangkang.
Usul tersebut mengecam “pemindahan paksa masyarakat Palestin yang sedang berlangsung di wilayah Palestin yang dijajah”, dan menggambarkan ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
De factor annexation merupakan suatu tindakan rasmi di mana suatu negara menyatakan kedaulatannya atas wilayah yang bukan miliknya.
Bagaimanapun pindaan yang dibentangkan oleh parti People Before Profit, yang meminta pengusiran duta Israel ke Ireland dan melaksanakan sekatan terhadap Israel tidak berjaya.
Pindaan itu dikalahkan dengan suara 46 menyokong dan 87 menentang.
Pindaan itu mendakwa Israel melakukan jenayah perang, pembersihan etnik dan apartheid dan akibatnya duta besar Israel dan staf kedutaan harus diusir.
People Before Profit menggambarkan usul dan pindaan itu sebagai “momen bersejarah” kerana ia menjadi kali pertama Parlimen Ireland memilih untuk menguatkuasakan sekatan terhadap Israel.
Menteri Luar Negeri Simon Coveney mengatakan usul yang diluluskan adalah “isyarat yang jelas tentang kedalaman perasaan di seluruh Ireland” terhadap Palestin.
Coveney mengatakan pada hari Selasa bahawa pemerintah perlu “jujur tentang apa yang terjadi di lapangan”, sambil menambahkan bahawa itu adalah “de facto annexation”.
Israel telah melepaskan ratusan serangan udara terhadap sasaran di Gaza, sementara Hamas telah mengembalikan lebih dari 4.000 roket ke arah Israel, dengan lebih dari 250 orang rakyat terbunuh.
Gencatan senjata pada Jumaat lalu mengakhiri pertempuran 11 hari di Semenanjung Gaza, yang dianggap sebagai keganasan terburuk di rantau ini sejak 2014.-SM