Nasional

Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan

Kementerian Kewangan menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) serta merta.

Perkara itu terkadung dalam surat yang dihantar oleh Kementerian Kewangan bertarikh hari ini yang  dihantar kepada Tajuddin dan tular di laman sosial.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat,” demikian menurut surat tersebut.

 

Sementara itu, Astro Awani melaporkan, penamatan tugas tersebut disahkan oleh pegawai khas Ahli Parlimen Pasir Salak.-SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button