Hiburan

Ira Kazar sedih bapa kena kutuk

IRA Kazar yang kini sudah berpisah dengan pengarah sensasi Syamsul Yusof, terkilan apabila kemarahan netizen beralih kepada bapanya, Kazaruddin Saisi.

Katanya, dia tidak kisah kena cemuh dan kritik kerana sudah lalu dengan semua itu, tetapi perasaannya sayu melihat insan kesayangan dilemparkan kata nista yang berpunca daripada dirinya.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan. Sedih tapi alhamdulillah ayah pun sekarang dah okey.

“Hakikatnya, saya dah biasa kena kecam. Saya tak kisah. Sebenarnya kecaman perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada dalam media sosial.

“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” katanya selepas

“Bagi saya, sebenarnya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.

“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” katanya.

Pada masa sama Ira bakal melancarkan single berjudul Tak Kisah yang juga simbolik pendiriannya untuk tidak lagi ambil peduli sebarang kontroversi.

“Saya akan keluarkan lagu berjudul Tak Kisah, manakala proses penggambaran muzik video dijangka dapat dijalankan bulan depan.

“Tak Kisah lebih kepada isi hati mengenai cerita sensasi yang ingin saya abaikan atau lebih kurang lantaklah dengan apa orang nak cakap,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button