Ekonomi

IPO EPB TERLEBIH LANGGANAN SEHINGGA 61.08 KALI

KUALA LUMPUR 8 OGOS – EPB Group Berhad (“EPB”), dan kumpulan syarikatnya (“Kumpulan”), penyedia penyelesaian mesin pemprosesan dan pembungkusan sehenti yang mantap, mengumumkan terbitan awam 19,570,000 saham biasa baharu telah terlebih langganan 61.08 kali.

Pengarah Urusan EPB Group Bhd Yeoh Chee Min berkata, pihaknya amat menghargai sambutan yang menggalakkan terhadap IPO syarikat.

“Peristiwa penting ini adalah bukti keyakinan pasaran terhadap hala tuju dan potensi strategik EPB. IPO kami berfungsi sebagai pintu masuk ke pasaran modal, memberikan kami sumber yang diperlukan untuk memacu fasa pertumbuhan dan inovasi kami yang seterusnya, khususnya dalam bidang penyepaduan robotik dalam penyelesaian mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan yang kami sediakan kepada pelanggan kami menunjukkan kepercayaan ini dan bersedia untuk menggunakan sokongan ini untuk memajukan pertumbuhan kami dan mencipta nilai berkekalan untuk pemegang kepentingan kami,” katanya di sini hari ini.

IPO EPB terdiri daripada saham terbitan awam sebanyak 71,570,000 saham biasa baharu yang dipecahkan seperti berikut iaitu
19,570,000 Saham Terbitan Awam tersedia untuk permohonan oleh orang awam Malaysia; 30,804,000 Saham Terbitan Awam melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (“MITI”); dan 21,196,000 Saham Terbitan Awam dikhaskan untuk pengarah yang layak, pengurusan kanan utama, pekerja dan rakan perniagaan (termasuk mana-mana orang lain yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan)

Manakala baki 40 juta saham biasa pula dipecahkan kepada 15,696,000 Saham Tawaran melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI; dan 24,304,000 Saham Tawaran melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Menurut Chee Min, pihaknya
menerima sejumlah 25,756 permohonan untuk 1,214,904,500 Saham Terbitan Awam bernilai RM680,346,520 daripada orang awam Malaysia, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 61.08 kali.

“Kategori Bumiputera menyaksikan 11,850 permohonan untuk 456,249,400 Saham Terbitan Awam, dengan kadar lebihan langganan sebanyak 45.63 kali. Kategori Awam merekodkan 13,906 permohonan untuk 758,655,100 Saham Terbitan Awam, menunjukkan kadar terlebih langganan sebanyak 76.53 kali,” katanya lagi.

Manakala Pengarah Urusan Malacca Securities Sdn. Bhd., Lim Chia Wei pula berkata, sambutan pelabur positif untuk IPO EPB menggariskan kepercayaan pasaran terhadap keupayaan EPB dan prospek masa depan.

“Industri ini terus menunjukkan prospek pertumbuhan yang teguh, didorong oleh peningkatan permintaan pelanggan untuk penyelesaian yang berkualiti, cekap dan automatik untuk pemprosesan dan pembungkusan makanan. Penyelesaian inovatif Kumpulan EPB dan tumpuan strategik pada automasi dan penyesuaian meletakkannya dengan baik untuk memanfaatkan arah aliran industri ini. Kami berharap dapat menyokong Kumpulan EPB dalam misinya untuk memacu pertumbuhan dan meningkatkan tawaran perkhidmatannya di seluruh rantau ini,” katanya.

Malacca Securities Sdn. Bhd. ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Agen Penempatan, dan WYNCORP Advisory Sdn. Bhd. ialah Penasihat Kewangan Korporat EPB Group Berhad.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button