Nasionalpilihan

Insiden pertembungan tren: Seorang penumpang selamat jalani pembedahan otak

SEORANG daripada penumpang wanita berusia 37 tahun yang terlibat dalam insiden pertembungan tren baru-baru ini telah selamat menjalani pembedahan otak dan kini berada dalam keadaan stabil.
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, dua lagi penumpang yang dirawat juga kini berada dalam keadaan lebih stabil berbanding sebelum ini.
“Seorang lagi pesakit lelaki, 52 tahun, juga menunjukkan proses pemulihan yang memuaskan. Beliau akan menjalani pembedahan tulang belakang pada 31 Mei 2021.
“Prasarana akan menanggung segala kos perubatan berjumlah RM24,000 untuk membeli plat titanium, skru dan rod titanium serta perkakas lain untuk tujuan pembedahan spine tersebut,” katanya.
Menurut Ka Siong, keadaan seorang lagi pesakit wanita, 26 tahun, juga bertambah baik dan akan menerima rawatan lanjut oleh pakar ENT & oftalmologi.
Jelasnya, dia juga berhubung dengan kesemua keluarga pesakit berkenaan untuk memaklumkan perkara tersebut.
“Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan pakar perubatan HKL yang bertungkus-lumus memberi rawatan terbaik kepada tiga orang mangsa kejadian,” katanya.
Pada 24 Mei lalu, negara dikejutkan dengan insiden pertembungan dua buah tren yang menyaksikan sebanyak 47 individu cedera parah manakala 166 cedera ringan.
Kejadian pertembungan dua tren lrt di dalam terowong di antara Stesen Kampung Baru dan KLCC. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button