Politik

Ini bukan hukuman mati, kata Tajuddin mengulas penggantungannya oleh UMNO

AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman  berkata dia kekal setia kepada UMNO dan penggantungannya selama enam tahun daripada parti itu bukanlah hukuman mati.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu memberitahu Dewan Rakyat beliau “tiada masalah” dengan penggantungan itu dan beliau “masih bersama UMNO”.

“Penggantungan itu bukan hukuman mati. Apa isunya?” Katanya semasa sesi soal jawab di Parlimen pagi ini.

Beliau berkata demikian apabila seorang ahli parlimen pembangkang mencelah bertanya sama ada beliau masih akan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Tajuddin dikenakan hukuman itu selepas dia didakwa teralalu kritikal terhadap UMNO berikutan penyingkirannya sebagai ahli Majlis Tertinggi pada Jun.

Beliau juga menggesa Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO selepas penyingkirannya.

Pasa sesi Dewan Rakyat itu, Tajuddin bertanya bagaimana Putrajaya merancang untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam industri, dengan mendakwa isu itu telah menyebabkan kerugian berbilion-bilion bagi industri elektrik dan elektronik kerana ketidakupayaan untuk memenuhi pesanan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mustapa Mohamed berkata, kementerian sumber manusia sedang berusaha menangani perkara itu dengan agensi berkaitan.

“Kira-kira 450,000 pekerja asing telah diluluskan untuk dibawa masuk ke Malaysia, tetapi setakat ini, hanya 100,000 yang memasuki negara ini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button