NasionalNegeri

iCompEx 2022 pencetus idea seiring kemajuan teknologi IR 4.0

National Innovation And Invention Competition Through Exhibition (iCompEx 2022) anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah menjadi pencetus idea serta inovasi seiring dengan kemajuan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, program peringkat kebangsaan ini secara tidak langsung telah membuka peluang besar kepada pelajar di negeri ini untuk sertai pertandingan dan sekaligus dapat mengenengahkan idea dan produk inovasi sendiri.

“Setelah diuji dengan Pandemik Covid-19 dengan program yang dijalankan secara atas talian seperti ini juga banyak membantu untuk terus ke hadapan seperti negara-negara maju yang lain,” katanya semasa berucap pada majlis Perasmian dan Penutupan iCompEx 2022 secara dalam talian.

iCompEx 2022 yang diadakan ini merupakan usaha berterusan POLIMAS dengan sokongan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Program ini dianjurkan bagi menyediakan platform kepada staf, pensyarah dan penyelidik dari seluruh Malaysia untuk mempertandingkan inovasi terkini yang dihasilkan oleh mereka.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti ,Ts Zainab Ahmad, banyak kejayaan
dikecapi oleh iCompex sepanjang sepuluh tahun ini termasuk mencipta Malaysia Book of Records.

Pada tahun 2020, iCompex sekali lagi telah berjaya memperoleh Malaysia Book Of Records diatas penghasilan Replika Logo Inovasi daripada Jerami Padi Yang Terbesar.

“Pada tahun 2021, JPPKK telah memperolehi kejayaan dengan memenangi 32 pingat emas dalam pertandingan inovasi diperingkat antarabangsa , 281 pendaftaran harta intelek telah berjaya didaftarkan dengan 19 daripadanya memperoleh paten,” katanya.

“Daripada  280 penyertaan inovasi ini, POLIMAS telah memperolehi 27 Pingat Emas , 14 Pingat Perak dan enam Pingat Gangsa.,” katanya.

Di antaranya bagi kategori Rekabentuk Alam Bina & Rekabentuk Dalaman, tempat pertama dengan markah tertinggi dimenangi oleh POLIMAS dengan inovasi bertajuk SmartTourism Map Baling.

Kategori Mesin, Peralatan & Proses Pengilangan, tempat pertama dengan markah tertinggi dimenangi oleh POLIMAS dengan inovasi bertajuk Automatic Food Tray.

Bagi kategori Perkhidmatan dan Pemasaran Produk, tempat pertama dengan markah tertinggi dimenangi oleh POLIMAS  dengan inovasi bertajuk Koji Helmet. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button