Hiburan

Hubungan Jung So Min & Lee Joon berakhir

DUNIA hiburan Korea kini dikejutkan dengan kisah mengenai hubungan cinta antara dua artis berbakat, Jung So Min dan Lee Joon yang kini menemui titik nokhtah.

Seperti laporan daripada Soompi, individu yang akrab dengan kedua-dua artis berkenaan mengesahkan perkara tersebut setelah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

“Hubungan mereka baru sahaja berakhir, tetapi masing-masing memutuskan untuk kekal mempunyai hubungan baik dan saling menyokong karier sebagai pelakon,” ujar sumber berkenaan.

Dalam pada itu, tidak lama setelah tersebarnya mengenai kisah tersebut, pihak pengurusan kedua-dua pelakon itu turut mengesahkannya.

BACA> Mampu ke Blackpink tewaskan BTS?

Menerusi laporan yang sama, punca utama perpisahan tersebut adalah berpunca daripada kesibukan masing-masing dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk fokus kepada karier.

Lee Joon dan Jung So Min bertemu sewaktu mereka membintangi drama populer KBS iaitu Father Is Strange. Setelah itu mereka memutuskan untuk bercinta pada Oktober 2017.

Menariknya, hubungan cinta mereka itu hanya baru diketahui oleh peminat mereka selah beberapa bulan kemudian. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button