Berita

Hospital Tuanku Ja’afar Seremban siasat isu pesakit dicaj awal

SEORANG wanita mendakwa pihak hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) telah mendesaknya untuk membawa pulang suaminya walaupun keadaan masih belum stabil.

Menerusi kenyataan media oleh Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), Pengarahnya Dato’ Dr Zaleha Md Noor berkata pihaknya akan berjumpa dengan pengadu bagi memperoleh maklumat terperinci berhubung perkara berkenaan.

Kenyataan dari Hospital Tuanku J’afar Seremban

Pihak HTJS memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci serta membincangkan mengenai aduan yang tular ini”. Katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan oleh pihak hospital bagi menyiasat isu tersebut dengan lebih teliti.

Satu jawatankuasa penyiasatan yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan akan diwujudkan khusus bagi menyiasat dengan teliti isu terbabit.

“Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak yang terlibat sepanjang proses siasatan ini dijalankan.” Katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa pihak hospital memberi alasan suaminya tidak lagi memerlukan rawatan pakar serta hospital memerlukan katil untuk pesakit lain yang menyebabkan suaminya dibenarkan untuk discaj awal.

Lebih parah lagi, ketika dalam perjalanan pulang suaminya diserang sawan dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Jelebu.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button