Travel

Hidangan Surfries di kafe terbaru Kiddytopia, tarikan terbaru ibu bapa dan si comel

TAMAN riang dalaman untuk kanak-kanak, Kiddytopia kini membuka kafe baharu dengan memperkenalkan menu lazat khas untuk anak kecil dan keluarga yang berkunjung.

Jenama yang ditubuhkan pada tahun 2019 ini, menawarkan makanan Surfries yang menjadi kegilaan kanak-kanak untuk dinikmati, termasuk empat jenis kentang goreng istimewa iaitu loaded fries, shaker fries, long fries, dan steak fries.

Datang bersama kombo yang sempurna, pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun tambahan apabila membeli bersama dan layak untuk membeli Bolo Bun dengan dua perisa ais krim pada harga hanya RM5. Kombo ini akan dilancarkan bermula pada 14 September.

Menurut Pengarah Urusan Kiddytopia, Encik Akmal Adib Mainong, selain memperkenalkan dua varian perniagaan baharu iaitu Kiddycafe dan Kiddyride, Kiddytopia akan terus komited untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

Kiddytopia adalah antara jenama yang menggabungkan kafe, taman permainan dalaman, dan permainan penggalian konsol untuk seluruh keluarga. Dengan ini, Kiddytopia adalah pusat persinggahan yang ideal untuk ibu bapa yang ingin menikmati hidangan sambil melihat anak-anak mereka berseronok dengan permainan.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua ibu bapa yang telah mempercayai kemudahan taman permainan dalaman kami. Dengan tema hiburan mesra keluarga, kami amat teruja untuk memperkenalkan Finger Food Family Friendly terbaru kami, Surfries!,” katanya dalam sidang media yang berlangsung di salah satu cawangannya, IOI Mall Putrajaya.

Ketua Koki Eksekutif, Chef Nor Arazman bin Haji Al Junid berkata bahan-bahan di sini adalah mutu yang terbaik untuk setiap pelanggan menikmati.

“Kami menggunakan bahan-bahan terbaik dan telah mencuba beberapa resipi untuk memastikan yang terbaik untuk pelanggan kami. Kami menyediakannya dengan sepenuh hati, bukan hanya berbaloi dengan harga tetapi juga merupakan makanan ringan yang sempurna untuk seluruh keluarga,”.

Kiddytopia berharap semua pelanggan menikmati menu baharu kami, tidak hanya untuk pelanggan Kiddytopia tetapi juga kepada semua pencinta kentang goreng di luar sana.

Kiddytopia, jenama yang telah ditubuhkan pada tahun 2019, kini berbangga dengan perkembangan pesat yang telah dicapai. Dengan tiga cawangan sedia ada di Kiddytopia Aeon Nilai, Kiddytopia Midvalley Southkey, dan Kiddytopia IOI City Mall Putrajaya.

Artikle Berkaitan :>

SACC terokai bidang F&B, pertaruhkan ‘’Kafe Cinta Dalam Kopi’

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button