Rencah Hidup

Hartawan ini wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat

DALAM kehidupan yang lebih mementing wang pada hari ini, siapa yang sanggup untuk mewakafkan aset bernilai RM151 juta dan pilih untuk tinggal di sebuah rumah flat.

Rasanya ramai yang tidak sanggup dan lebih memilih wang untuk hidup selesa sedangkan hampir setiap manusia tahu yang wang dan harta tidak boleh dibawa ke kubur pun.

Namun, ada kisah seorang lelaki bernama Ahmad Dawjee Dadabhoy yang sanggup mewakafkan hampir kesemua hartanya dan memilih untuk tinggal di sebuah rumah flat di Jalan Masjid India sebelum meninggal dunia di rumah flat tersebut.

Kisah tersebut dikongsikan seorang pengguna Twitter, Fezza Hussin berkenaan kisah betapa zuhudnya Ahmad Dawjee.

Menerusi cerita dikongsi Fezza, Ahmad Dawjee adalah seorang usahawan yang dilahirkan di India dan memilih untuk tinggal di sebuah rumah flat di Jalan Masjid India.

Sebelum meninggal dunia, Ahmad Dawjee telah mewakafkan hartanya untuk kegunaan umah Islam dan satu daripadanya ialah tanah yang kini bernilai RM151 juta yang menampatkan Menara Bank Islam di Jalan Perak.

Selain itu, Ahmad Dawjee turut mewakafkan sebidang tanah seluas 1.2 hektar di Kuala Lumpur, tiga buah rumah, sebuah kedai di Pertama Complex besama pemilikan sahamnya.

Kesemua harta wakaf itu diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dibangunkan bersama oleh Maiwp berama Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Ahmad Dawjee akhirnya meninggal dunia pada tahun 1987 di rumah flat tersebut walaupun merupakan seorang yang bergelar hartawan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button