BeritaPendidikan

YTSP sumbang 8,000 pelitup muka kepada JAIPs

Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) menyumbangkan 8000 keping pelitup separuh muka kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) untuk diagihkan kepada para pelajar di 15 buah maahad tahfiz berdaftar di negeri Perlis.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Muhammad Hafeez Abu Seman di perkarangan Pejabat Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri.

Hadir sama ialah Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak.

Sumbangan YTSP Perlis dan YTF tersebut adalah dengan kerjasama Pengasas dan Pengerusi Art Expo Malaysia, Datuk Vincent Sim Tiak Choo dan isteri, Datin Mary Sim.

Program berkenaan diadakan bersempena
kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis bagi meraikan ‘Hari Antarabangsa bagi Pengurangan Risiko Bencana’ yang ditetapkan pada hari rabu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun di seluruh dunia.

Tema sambutan pada kali ini ialah ‘Kerjasama Antarabangsa Di Antara Negara-Negara Membangun Bagi Mengurangkan Risiko Bencana Dan Kerugian Akibat Bencana’.

‘Hari Antarabangsa Untuk Pengurangan Risiko Bencana’ disambut bertujuan untuk memberi kesedaran dan mempromosikan budaya global pengurangan bencana, termasuk pencegahan bencana, mitigasi dan juga kesiapsiagaan khususnya bagi mengurangkan kematian di seluruh dunia akibat bencana.

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button