Hafidz Roshdi timang anak kedua, tarikh lahir sama dengan anak pertama
PELAKON, Hafidz Roshdi dalam akaun Instagram miliknya mengumumkan yang isterinya sudah bersalin anak kedua hari ini.
Apa yang menarik, tarikh kelahiran kedua bayi lelaki itu adalah sama dengan tarikh kelahiran anak perempuan pertama mereka.
Malah, baju yang dipakainya ketika menyambut bayi keduanya itu juga adalah baju yang sama dipakai ketika dia menyambut anak pertama.
“Alhamdulillah, sama tarikh. Baju pun sama.
“Sepasangan lelaki dan perempuan, Allah merupakan sebaik-baik perancang,” katanya.
Ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan tahniah rakan artis yang turut teruja dengan tarikh kelahiran yang sama itu.
Hafidz mendirikan rumah tangganya bersama Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016.
Kira-kira setahun selepas itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan pertama pada 9 September 2017 yang diberi nama Humairah. -SM