Guru Akui Keunikan Drawzania.Com, Mampu Bantu Pelajar Mahir Melakar Idea Baharu!
Ramai yang memandang rendah terhadap diri sendiri apabila diminta untuk melukis atau melakar idea-idea baharu secara spontan.
Sedangkan realitinya dalam diri semua orang, bakat itu cuma satu anugerah namun ada kemahiran tersembunyi yang belum pernah diasah.
Kesannya, rakyat di negara ini tetap mengungguli carta tertinggi sebagai negara pengguna kerana idea-idea masa hadapan gagal diterjemahkan.
Seorang guru, Fareiza Isa, 39, mengakui tentang permasalahan tersebut dan berpendapat rakyat di negara ini perlu bangkit sebagai negara pengeluar.
Untuk menjayakannya, generasi hari ini seharusnya berpeluang mengasah kemahiran melakar idea secara jelas berbanding orang lain.
“Ramai ibu bapa termasuk saya akan berkata pada diri sendiri bahawa tidak memiliki kemahiran tersebut untuk mengajar anak-anak.
“Namun setelah mencuba sendiri Drawzania.com, persepsi demikian adalah salah dan saya percaya kemahiran itu sebenarnya boleh digilap,” katanya kepada Suara Merdeka.
Farieza berkata demikian setelah mencuba sendiri platfrom pembelajaran terbaharu iaitu Drawzania.com yang semakin popular ketika ini.
Tambahnya lagi, Drawzania.com membantunya untuk melukis dengan baik walaupun sebelum ini dia sememangnya langsung tidak ada kemahiran untuk melukis.
Jika sebelum ini apabila hendak melukis berdasarkan gambar sekalipun, Farieza tetap tidak pandai untuk meniru walaupun objek sebenar seperti kereta kebal ada di depan mata.
“Saya jadi ragu-ragu tentang bahagian yang perlu dilukis terlebih dahulu sama ada roda, meriam dan sebagainya namun segalanya berubah selepas menggunakan Drawzania.com.
“Saya hanya perlu perhatikan dan mengikut lakaran demi lakaran dan hasilnya lebih kemas dan nampak lebih logik berbanding sebelum ini,” katanya.
Farieza yang juga merupakan seorang ibu berpendapat semua sekolah di Malaysia harus menggunakan Drawzania.com sebagai modul pembelajaran tambahan.
Seorang pekerja seni, Zulkifli Mohd Salleh, 54, mengakui Drawzania.com adalah satu inisiatif baru untuk masyarakat yang tidak pandai melukis tetapi mahukan kemahiran ini.
Pada pandangannya, Drawzania.com telah menyediakan platform yang luar biasa dan ia sangat bagus untuk membimbing mana-mana pihak yang tidak pandai melukis.
“Dengan Drawzania.com, kita akan diajar untuk menguasai perkara asas iaitu lakaran sekali gus menjadikan idea itu dapat dipersembahkan dengan sempurna.
“Apabila pihak Suara Merdeka tunjukkan kepada saya cara untuk gunakan video latihan di Drawzania.com, saya terus boleh melukis dengan mudah,” katanya.
Ujar Zulkifli lagi, langkah demi langkah yang ditunjukkan menjadi asbab bagaimana orang kurang kemahiran juga mampu jadi seseorang yang pakar! – SUARA MERDEKA