Luar Negara

Gunung Merapi meletus, Indonesia keluar amaran kepada pelancong dan penduduk setempat

INDONESIA mengeluarkan amaran kepada pelancong dan penduduk supaya tidak menghampiri Gunung Merapi di Yogjakarta ekoran letusan abu setinggi 2,000 meter pagi ini.

Detik.com melaporkan Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Indonesia untuk Bencana Geologi (BPPTKG), gunung berapi itu meletus selama dua minit, bermula 5.16 pagi (waktu tempatan).

Ia memuntahkan abu sehingga 2,000 meter, yang boleh mengancam keselamatan pelancong dan penduduk tempatan.

Terletak di sempadan antara wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta, gunung berapi itu aktif sejak kebelakangan ini dengan letusan terakhir dilaporkan pada 4 Januari lalu.

Walaubagaimanapun pihak berkuasa mengingatkan penduduk setempat supaya tidak panik dengan situasi itu.

Dalam kenyataannya kepada media pihak berkenaan berkata, setakat ini gunung berapi berkenaan belum memuntah lahar panas seperti letusan sebelum ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button