Glocal Travel & Tours pakej haji dan umrah berkualiti bimbingan ilmiah dan layanan terbaik.
BAGI mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun 2025, Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pengalaman yang penuh bermakna dengan pakej Haji yang dikendalikan oleh pasukan profesional dan berwibawa. Terbaru, syarikat ini telah melantik YM Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah sebagai Penasihat Syariah, bersama PU Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai Ikon Glocal. Perlantikan ini bertujuan memastikan bakal jemaah haji menerima bimbingan ilmu yang mendalam sepanjang perjalanan mereka.
Glocal Travel & Tours telah beroperasi sejak 2012, menyediakan pelbagai pakej umrah dan pelancongan. Kini, mereka juga diberi kepercayaan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk musim haji 2025. Dato’ Mohd Idzham Mohd Isa, Pengarah Urusan Glocal Travel & Tours, berkata, peranan penasihat dan ikon ini adalah penting untuk memastikan setiap jemaah dapat menjalani ibadah dengan penuh pemahaman dan keberkatan.
“Kami memastikan setiap jemaah mendapat bimbingan penuh dari segi ilmu ibadah haji, dari Penasihat Syariah, YM Tengku Aziz, kepada PU Riz yang akan membimbing jemaah lelaki, dan Ustazah Isfadiah untuk jemaah perempuan. Kami berusaha untuk membimbing jemaah agar ibadah mereka menjadi lebih bermakna dan membawa pulang ilmu yang berguna bagi kehidupan sehari-hari,” katanya.
Sebagai tambahan, Glocal Travel & Tours juga menyediakan pelbagai program ilmiah seperti forum Islam, tadabur Al-Quran, dan khatam Al-Quran. Semua ini bertujuan agar jemaah kembali dengan hati yang lebih bersih dan keimanan yang lebih kuat.
Bagi memastikan keselesaan jemaah, Glocal Travel & Tours menyediakan khidmat butler Haramain yang berperanan membantu jemaah dalam urusan seharian mereka di Mekah dan Madinah, seperti penghantaran dobi atau membeli makanan. Selain itu, setiap jemaah dilayan tanpa mengira pakej yang diambil – dari golongan B40 hingga VVIP – dengan layanan yang setara, baik dari segi pengisian ceramah atau perjalanan ibadah.
Sebagai langkah persediaan, Glocal Travel & Tours telah menempah hotel dan penerbangan lebih awal untuk memastikan kelancaran perjalanan setiap jemaah. Setiap pakej dijamin dengan kemudahan yang disediakan, termasuk lebih 35 perkhidmatan untuk jemaah seperti set lengkap beg dan layanan makan sepanjang perjalanan.
Idzham yang juga mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia, menyatakan bahawa mereka mensasarkan untuk membawa sekitar 6,000 hingga 7,000 jemaah umrah pada tahun depan, walaupun keadaan ekonomi semasa sedikit memberi cabaran. “Kami tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk setiap jemaah, tanpa mengira pakej yang diambil,” tambahnya.
Dengan lebih 13 anugerah yang diterima, termasuk Top 5 Agen di Malaysia dan negara jiran, Glocal Travel & Tours terus menjadi pilihan utama jemaah yang ingin menunaikan umrah dan haji dengan penuh keyakinan.
Untuk informasi lanjut atau tempahan pakej, sila hubungi Glocal Travel & Tours di talian 012-950 5966 atau layari laman web rasmi mereka di www.glocal.com.my.
Dengan pengalaman dan kepakaran yang terbukti, Glocal Travel & Tours adalah pilihan tepat bagi sesiapa yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah dengan penuh keselesaan, pengetahuan, dan keberkatan.